Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan realiti muzik berunsurkan kerohanian terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.[1] Rancangan ini telah bersiaran sebanyak dua musim bermula 8 April 2017 hingga 12 Mei 2018 dan disiarkan pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di rancangan Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Astro mengumumkan bahawa Gema Gegar Vaganza tidak disambung untuk musim ketiga.